sukan

Hon Jian-Haikal muncul Juara lagi

Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri merangkul gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai saingan Masters Guwahati di Assam, India, sebentar tadi.

Kejayaan berkenaan hadir selepas pasangan ranking ke-69 dunia itu menundukkan beregu Taiwan, Lin Bing Wei-Su Ching Heng pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Tertutup Saru Sajai.

Hon Jian-Haikal yang mula digandingkan pada Ogos lalu, mendominasi aksi final itu biarpun cemas seketika di hujung set kedua untuk mencatat kemenangan 21-17, 23-21 dalam tempoh 39 minit.

Ini adalah kejuaraan kedua berturut-turut buat Hon Jian-Haikal dalam tempoh dua minggu selepas mereka turut menjuarai saingan Antarabangsa India Syed Modi di Lukcnow, minggu lalu.

Pada aksi di Lucknow itu, mereka mengesahkan kejuaraan selepas mengejutkan pasangan ranking ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Sato.

sumber:- BH

Secara keseluruhan, Hon Jian-Haikal sudah merekodkan dua gelaran juara dalam tempoh tiga bulan mereka digandingkan selain muncul naib juara Masters Indonesia.