sukan

Fandi Ahmad enggan kecewa di penampilan terakhir

Sri Pahang FC mahu perlawanan terakhir Liga Super musim ini berakhir dengan kemenangan apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC pada 16 Disember ini.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, berbaki satu perlawanan, beliau mahu anak buahnya dapat melakukannya sebagai penutup saingan liga berkenaan.

“Saya harap barisan pemain yang diturunkan nanti beraksi pada tahap terbaik terutama mengekalkan disiplin sepanjang 90 minit perlawanan. Kemenangan ini pasti memberikan motivasi kepada pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (liga M) musim depan,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan Liga Super, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelima selepas mengutip 44 mata daripada 25 perlawanan.

Dilihat kepada kedudukan itu, Sri Pahang akan menamatkan kedudukan di kedudukan kelima memandangkan Sabah FC yang mengutip 51 mata berada di kedudukan keempat manakala Terengganu FC (TFC) di kedudukan keenam dengan 37 mata.

sumber:- HM

Jika skuad Tok Gajah menang, seri atau tewas sekalipun, ia tidak mengubah kedudukan dalam saingan liga.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

2 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

7 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

9 hours ago