Penjaga gawang Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim perlu menerima hakikat bahawa dia bukan lagi ‘benteng terakhir’ yang menjadi pilihan pengendali, Tomislav Steinbruckner.
Situasi itu diakui pengendali dari Croatia itu yang turut menyifatkan pemain itu perlu berhijrah untuk menyelamatkan kariernya supaya tidak sekadar ‘diperam’ sekiranya terus kekal bersama skuad ‘Penyu’ pada musim akan datang.
“Dia juga jarang bermain pada musim lalu dan ada melakukan beberapa kesilapan seperti pada aksi terakhir (menentang Penang FC).
“Dia bermain dengan sangat baik pada perlawanan itu sehinggalah satu keputusan di minit akhir yang membuatkan kita kehilangan dua mata.
“Tetapi untuk masa depannya, dia mungkin perlu berpindah untuk menjadi penjaga gol nombor satu kerana buat masa sekarang, Suhaimi (Husin) adalah penjaga gol utama pasukan ini,” kata Steinbruckner.
Sebagai rekod, penjaga gol dengan ketinggian 1.92 meter (m) itu hanya merakam 630 minit dalam aksi Liga Super sepanjang musim ini.
Selain itu, dia hanya beraksi selama 90 minit dalam Piala FA sebelum mendapat 90 minit lagi dalam kempen Piala Malaysia.
Dengan kelebihan fizikal, Rahadiazli tampak memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi penjaga yang terbaik namun dia sentiasa dihimpit dengan masalah kecederaan.
sumber:- BH
Malah, kemampuannya turut diakui barisan kejurulatihan skuad kebangsaan apabila beberapa kali memanggil pemain itu menyertai latihan pusat Harimau Malaya.