sukan

Liverpool kembali rampas carta Liga

Mohamed Salah menjaringkan gol ke-200 untuk Liverpool sebelum gol kemenangan Harvey Elliott pada masa kecederaan mengesahkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Crystal Palace sekali gus menyaksikan The Reds mengungguli tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad bimbingan Jurgen Klopp di ambang kekalahan selepas sepakan penalti Jean-Philippe Mateta meletakkan Palace di hadapan pada separuh masa kedua di Selhurst Park.

Tetapi pemain Palace, Jordan Ayew dilayangkan kad merah ketika berbaki 15 minit dan Liverpool mengambil kesempatan sepenuhnya kelebihan itu untuk meledak dua gol.

Gol ke-14 Salah pada musim ini menjadikannya pemain kelima yang menjaringkan 200 gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan selepas Ian Rush (346), Roger Hunt (285), Gordon Hodgson (241) dan Billy Liddell (228).

Pada penampilan ke-247 di Liga Perdana, bintang Mesir itu turut mencapai 150 gol dalam pertandingan itu, termasuk dua gol untuk Chelsea, meletakkannya dalam senarai 10 teratas sepanjang zaman bersama Michael Owen.

sumber:- BH

Selepas gol penyamaan Salah, satu mata akan menjadi keputusan yang mengecewakan untuk Liverpool, tetapi pemain tengah, Elliott masuk dari bangku simpanan untuk meledak gol kemenenangan pada masa kecederaan.