sukan

Kata-kata TMJ tarik perhatian

Kata-kata ‘keramat’ Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam bilik persalinan kepada barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi antara ‘kunci’ kejayaan Harimau Selatan menjulang Piala Malaysia, malam tadi.

JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berdasarkan video yang dikongsikan TMJ sendiri di laman Instagram miliknya, pemilik JDT itu dilihat dengan penuh semangat melaungkan kata-kata keramat kepada pemain Harimau Selatan.

“Hari ini adalah satu lagi hari kita akan mencipta satu sejarah. Ingat apa yang saya katakan semalam. Setiap orang perlu tunjukkan. Hari ini tiada siapa yang hilang, tak ada orang bayang-bayang.

“Kita di sini kerana anda semua tunjukkan perwatakan yang betul. Sebab itu kita berada di sini hari ini. Ingat, kelab ini sudah mencipta banyak sejarah, gelaran selepas gelaran, kemenangan selepas kemenangan, pencapaian selepas pencapaian.

“Kita berada di sini bukan kerana kelab yang hebat tetapi kerana perwatakan setiap individu yang berada dalam kelab ini. Itu sebabnya, faham! Sekarang dengar, kita Harimau Selatan. Jadi keluar ke sana dan berpesta dengan hebat,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan JDT memahat sejarah muncul pasukan pertama meraih ‘double quadruple’ atau menyapu bersih empat piala dalam semusim buat kali kedua berturut-turut.

sumber:- BH

Malah, kejayaan menundukkan juga membolehkan Harimau Selatan menjadi pasukan yang berjaya menyamai rekod ‘double treble’ dilakar Kedah selepas 15 tahun.