sukan

Penalti pastikan JDT lengkapkan kejuaraan ‘quadraple’ berganda

Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan ‘quadraple’ berganda apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Ivan Mamut — yang berdepan kesukaran untuk menggempur pintu gol Harimau Selatan — tidak mensia-siakan peluang terhidang pertama buat Sang Penyu menerusi sepakan penalti sebaik melepasi dan dikasari Jordi Amat.

Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi, pula mengharungi malam yang agak sunyi sepanjang 45 minit walaupun beberapa hantaran jauh membuka ruang buatnya.

JDT dihimpit masalah kecederaan di awal saingan separuh masa kedua, Corbin Ong gagal meneruskan permainan digantikan oleh Syahmi Safari sementara Feroz Baharuddin menggantikan Shane Lowry.

Terengganu mempamerkan gerakan yang lebih cemerlang sejak permulaan separuh masa kedua, berusaha mencari peluang untuk menembusi benteng akhir JDT.

Dan pada minit ke-63, hantaran Sonny Norde mencari Mamut namun percubaannya dinafikan Syihan.85,550 penonton yang hadir menyaksikan JDT menemui ruang untuk mendapatkan jaringan kedua, tandukkan Feroz pada minit ke-73 menembusi gawang sekaligus kembali meletakkan mereka di hadapan.

Ketika Terengganu memburu jaringan dengan membawa masuk Liridon Krasniqi, JDT menambah jaringan ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Arif Aiman.

sumber:- SA

Kemenangan ini menyaksikan JDT berjaya mempertahankan kesemua kejuaraan — Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia bagi musim 2023 sekaligus mengulangi kejuaraan quadraple yang dimenangi musim lalu.

Recent Posts

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan PakistanKomen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

50 minutes ago
Peluang masih ada, bukan tertutup terusPeluang masih ada, bukan tertutup terus
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

2 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

3 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

4 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

6 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

8 hours ago