sukan

Steibruckner akui sudah ‘menuntut’ dengan jurulatih yang pernah kejutkan JDT di Final

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steibruckner, mengakui pasukannya sudah bersedia untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Pengendali berbangsa Croatia itu turut mengakui ada menghubungi rakan senegaranya, Bojan Hodak, dalam mencari resipi terbaik menghalang Harimau Selatan daripada membolot segala gelaran yang ditawarkan Liga Malaysia musim ini.

Sebagai rekod, kali terakhrir JDT tewas dalam final Piala Malaysia adalah di tangan Kuala Lumpur City FC, yang ketika itu dikendalikan Hodak, pada 2021.

“Seperti yang anda tahu, saya dan Bojan berkawan baik dan kami sering berbual, bertukar pengalaman dan berbincang mengenai bola sepak.,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Arena.
“Sudah pasti saya ada bertanya kepadanya.

“Kita tahu bagaimana mereka melakukannya ketika itu, apa yang paling penting adalah permulaan permainan dan lebih jauh perlawanan itu berjalan, ia akan menjadi kelebihan buat kami sekiranya keputusannya baik dan akan menjadi semakin baik — selalunya seperti itu.

sumber:- SA

“Apa yang boleh saya katakan, kita akan lihat esok. Saya rasa kami sudah bersedia sepenuhnya dan saya fikir tiada pemain dalam pasukan saya berasa takut.”Kami tidak akan rugi apa-apa, itulah pandangan saya,” katanya.