sukan

“Look at my face “

Kurang 24 jam sebelum sepak mula ….Bila bercakap tentang final, segala ayat hebat akan keluar dari kotak fikiran.

‘Prestij, gempak, power, all-out, meriah’.Berbeza benar dengan final Piala Malaysia kali ini, segala-galanya menjadi persoalan apabil keadaan padang menjadi topik perbualan.

Perkara utama yang berlegar di fikiran, mampukah kedu-dua pasukan pamer aksi terbaik mereka demi merebut sebuah piala?
Menjadikah perancangan dan taktikal kedua-dua pasukan dengan bantuan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak se gah nama ?

Sanggupkah pemain pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu berdepan dengan risiko kecederaan menerusi kondisi padang tidak sekata selain dari rumput yang diandaikan seperti ‘sehelai jeans lusuh’ oleh akhbar tempatan Malaysia ?

‘The pitch is so bad.’

Itu lah kesimpulan mudah difahami yang membabitkan reaksi dua pengendali yang bakal menabur rencah, perisa, mahupun resipi rahsia menjelang aksi final pada Jumaat namun hakikat yang perlu di fahami, harganya begitu mahal untuk dirunding.
Pertaruhan mereka adalah pemain!

Terserempak dengan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Datuk Hans Isaac, di SNBJ.
Riak wajahnya pelbagai.

Sebal mungkin, kesal mungkin.Cuba menyapa sekadar berbasi basi.

‘All good Datuk ?’

‘Look at my face ..‘

sumber:- SA

Senyuman kami bertaut, dia berlalu pergi.Kelat terasa sehingga ke ulu hati.