sukan

Komen Kapten JDT menjelang aksi Final

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menyifatkan Harimau Selatan memerlukan permainan ‘sempurna’ untuk mengatasi Terengganu FC (TFC) dalam final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Bekas pertahanan Espanyol dan Swansea City itu menjelaskan tiada pasukan pilihan di pentas final dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk meraih gelaran juara.

Dia berkata, barisan pemain JDT tidak boleh leka dalam perlawanan itu terutama perlu berwaspada dengan corak permainan serangan balas yang mungkin akan dimainkan skuad Penyu.

“Bagi aksi final apa sahaja boleh berlaku dan kedua-dua pasukan ada peluang untuk memenangi perlawanan. Terengganu bermain dengan bagus, tetapi saya harap kami bermain lebih baik daripada mereka esok.

“Semua pemain TFC (harus diberi tumpuan). Seperti anda tahu bahawa kami tidak sekadar bertahan, kami kena mengawal permainan, membentuk gerakan dari bawah seperti apa yang jurulatih mahukan.

“Mungkin kami perlukan permainan yang sempurna dan paling penting kami lebih waspada dengan serangan balas Terengganu kerana mereka ada pemain pantas,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional, hari ini.

Kehangatan aksi final Piala Malaysia kali ini sedikit terganggu dengan isu kerosakan permukaan padang di Stadium Nasional yang turut mencetuskan kerisauan kedua-dua pasukan bertanding.

Malah, Jordi Amat mengakui kurang gembira dengan berita mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan berharap ia berada dalam keadaan lebih baik untuk perlawanan esok.

sumber:- BH

“Saya menjangkakan aksi sengit berdepan Terengganu dan kami perlu fokus sepenuhnya kerana ia perlawanan besar. Saya harap keadaan padang bertambah baik,” katanya.