Selaku juara, Terengganu diraikan dengan penuh gemilang dan meriah! Seluruh negeri Terengganu sama-sama berpesta menyambut kemenangan bersejarah ini.
Lumpuh di setiap daerah bermula di Kemaman sehinggalah Kuala Besut nun di sempadan Kelantan.kambing golek antara menu paling banyak ketika itu.
Malah restoren dan kedai-kedai makan pasti menawarkan makan percuma dek kerana terlalu gembira, apatah lagi mereka ditemubual tentang kejayaan Terengganu ini.
Pemain-pemain Terengganu seperti Hairudin Omar, Nafuzi Zain, Mazlan Wahid, Sapian Wahid, Rosdi Talib antara yang turut mengajak kami bertandang ke rumah menikmati hidangan tanda ucapan terima kasih.
Pengalaman selama 3 hari aku hanya di Kuala Terengganu waktu itu sangat indah untuk diceritakan. Dan tak disangka pula apabila memori itu tidak pernah dapat diulang biapun selepas itu Terengganu mara ke final sebanyak 2 kali ( 2011 & 2018 ).
sumber:- SA
8 Disember 2023, Terengganu akan sekali lagi beraksi di final buat kali ke 5. Berdepan sang jagoan dari selatan, Johor Darul Takzim di stadium yang pernah menobatkan mereka juara 22 tahun dulu.
Selamat berjuang Terengganu dan juga JDT!