sukan

Status terkini menjawab segala-galanya

PERSELISIHAN faham yang tercetus antara beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencapai titik noktah.

Perkhabaran itu dikongsi Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang memberi bayangan bahawa pasangan itu sudah kembali tersenyum.

Jurulatih dari Indonesia itu menerusi hantaran di Instagramnya, memuat naik foto kedua-dua anak didiknya yang bersalaman sambil tersenyum ketika sesi latihan di ABM, Bukit Kiara.

“Kedua-duanya kembali mengukir senyuman dan akan berjuang untuk Terbuka Malaysia 2024.Sebelum ini, peminat badminton negara membuat spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat seolah-olah tiada persefahaman ketika di gelanggang.

Insiden itu berlaku ketika aksi menentang Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan pada pusingan pertama China Masters, bulan lalu.

Kedua-dua pemain itu saling tidak melihat wajah masing-masing serta tiada komunikasi sekali gus mencetuskan persoalan adakah mereka bergaduh sehingga menyebabkan tersingkir seawal pusingan pertama.

Tahun ini bukan musim cemerlang buat Pearly-Thinaah apabila dua kali muncul naib juara iaitu ketika Masters Malaysia dan Terbuka Hong Kong.

Malah mereka juga gagal mempertahankan gelaran Terbuka Perancis yang dimenangi tahun lalu selepas terpaksa menarik diri susulan kecederaan belakang dialami Pearly.

sumber:- SH

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai prospek untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik Paris tahun depan akan membuka tirai cabaran musim 2024 bermula di Terbuka Malaysia dari 9 hingga 14 Januari.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

9 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

11 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

12 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

13 hours ago