PEMINAT bola sepak negara membanjiri ruangan komen di laman sosial, Instagram milik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Gerald Hans Isaac dan menggesa beliau membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak.
Rata-rata orang ramai meminta beliau untuk bertanggungjawab atas kerosakan tersebut dan membaikinya segera sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 8 Disember ini.
Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga turut meminta Hans Isaac untuk berkongsi perkembangan terkini padang SNBJ.
“Kenyataan yang dimuat naik oleh PSM seolah-olah sudah membaiki padang SBNJ tetapi macam mana sekarang? Anda turun padang atau tidak! Final Piala Malaysia sudah semakin dekat,” tulis @ultrasmalaya.com.my.
Sementara itu, ada juga yang meminta Hans Isaac untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PSM dan beri kepada individu berkelayakan.
Menurut seorang pemilik akaun @shahrulhanifi berkata, jika tidak mengetahui cara untuk menjaga padang adalah lebih baik melepaskan jawatan yang dipegang kini.
“Abang letak jawatan dan beri pada orang lain yang mempunyai kepakaran serta pengalaman. Abang fokus saja dengan Parti Keadilan Rakyat,” tulis Fazzril_ahmad.
Sementara itu, ada juga pengguna media sosial lain yang meminta Hans Isaac untuk menjaga padang itu sebaik-baiknya setelah Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang bagi mencantikkannya.
“Apabila orang sudah beri tanggungjawab, maka laksanakan dengan amanah. Jika tidak tahu cara penjagaan, boleh belajar dengan Tunku Mahkota Johor. Jangan nak tunjuk pandai,” tulis @imrnhyt.
Sebelum ini, SNBJ telah digunakan sebagai tempat berlangsungnya konsert artis antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu.
Pada 24 November lalu, akhbar melaporkan, PSM memberi jaminan permukaan padang SNBJ boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember ini.
sumber:- SH
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.