sukan

Komen Esteben Solari selepas JDT sedikit hambar

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteben Solari mengakui skuad itu tidak beraksi pada tahap terbaik walaupun berjaya menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Namun, jurulatih berusia 43 tahun itu tetap gembira dengan keputusan itu sekaligus mempertahankan rekod tanpa kalah daripada 25 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

“Bukan yang terbaik tetapi kita mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan dua gol. Pada babak kedua turut memiliki peluang tetapi tiada jaringan.

“Bagi saya, ia perlawanan sengit kerana Sri Pahang juga pasukan yang bagus terutama di bahagian serangan,” kata jurulatih berasal dari Argentina itu.

Pada perlawanan itu, dua gol Harimau Selatan, masing-masing satu dijaringkan Heberty Fernandes dan Bergeson Gustavo pada minit keenam dan 42.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, JDT yang sudah dinobatkan juara Liga Super musim ini unggul apabila mengutip 73 mata selepas memenangi 24 perlawanan dan satu seri daripada 25 perlawanan.

sumber:- HM

Pada perlawanan terakhir, JDT akan melayan kunjungan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 16 Disember ini.