sukan

Cristiano Ronaldo bakal hilang RM4.67 bilion

Cristiano Ronaldo berdepan saman AS$1 bilion (RM4.67 bilion) selepas bekerjasama mempromosi mata wang kripto terbesar dunia, Binance.

Mahkamah di Florida mendakwa, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu “mempromosi, membantu, dan/atau secara aktif terbabit dalam menawarkan serta menjual sekuriti tidak berdaftar bersama Binance”.

Menurut akhbar The Times, plaintif kes ini mendakwa pembabitan Ronaldo dengan syarikat berkenaan menarik minat mereka untuk melabur tetapi akhirnya mengalami kerugian.

Penyerang Al-Nassr itu menandatangani perjanjian dengan Binance tahun lalu bagi mempromosi Non-Fungible Token (NFT).Aset virtual itu digunakan untuk memiliki gambar atau video dalam talian yang boleh dijual beli.

Ronaldo dan Binance bekerjasama mencipta koleksi NFT pada November 2022 yang dikatakan sebagai hadiah kepada peminat setianya.

“Ia penting bagi saya untuk mencipta sesuatu yang unik dan akan menjadi kenang-kenangan buat peminat, kerana mereka adalah sebahagian besar daripada kejayaan saya.

“Dengan Binance, saya mampu membuat sesuatu yang bukan saja merakam minat terhadap sukan ini, tetapi memberikan pulangan kepada peminat di atas sokongan mereka selama ini,” kata Ronaldo ketika mempromosi koleksi NFT bersama Binance.

Awal bulan ini, pengasas bersama dan ketua eksekutif Binance, Changpeng Zhao, mengaku bersalah di atas dakwaan pengubahan wang haram.

sumber:- HM

Dia akan membayar denda berjumlah AS$50 juta (RM233.48 juta) iaitu sebahagian daripada jumlah keseluruhan AS$4 bilion (RM18.68 bilion) yang perlu dibayar Binance untuk penyelesaian dengan mahkamah.