Aksi penting Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini, menjadi tumpuan penyokong apabila tiket perlawanan itu ‘laku keras’ menerusi pembelian secara atas talian dan secara fizikal sejak semalam.
Sambutan kian memuncak apabila ribuan penyokong menyerbu kaunter tiket B dan F di stadium sejak awal pagi ini dan ia seolah-olah sambutan ketika Kedah menuju ke final Piala Malaysia sekitar 2017 dan 2019.
Lebih 14,000 tiket sudah terjual setakat pagi tadi dan penjualan ini akan berterusan hingga ke petang ini dan menjelang masa perlawanan pada 9 malam ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim berkata, sambutan itu menunjukkan kesungguhan penyokong yang mahu melihat kejayaan Sang Kenari pada aksi terakhir di laman sendiri, malam ini.
“Kapasiti penuh Stadium Darul Aman adalah 25,000 penonton yang bakal menjadi medan terbaik bagi misi merebut tempat kedua Liga Super, sekali gus layak ke Piala AFC, musim depan.
sumber:- HM
“Saya cukup teruja melihat ribuan penyokong menyerbu kaunter tiket sejak awal pagi dan ia mengingatkan saya kepada sambutan hebat penyokong pada 2017 apabila ada yang sanggup bermalam di depan kaunter tiket,” katanya.