Selangor FC boleh dikatakan ‘goyang kaki’ pada musim akan datang apabila pasukan terbabit bakal menuai hasil ‘ubi muda’ yang dilihat mempamerkan aksi positif sejak kebelakangan ini.
Hasil tangan Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking membolehkan pasukan pembangunan berjaya menguasai sepenuhnya di peringkat kumpulan sebagai pendahulu kumpulan masing-masing dalam Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia.
Berdasarkan kepada rekod, skuad Bawah 18 tahun (B-18) mengekalkan kejuaraan Piala Belia buat dua tahun berturut-turut tanpa sebarang kekalahan selain skuad Bawah 20 tahun (B-20) mara ke peringkat separuh akhir Piala Presiden.
Skuad Bawah 23 tahun (B-23) pula menamatkan saingan Piala MFL di tempat keempat Liga Juara pada tahun pertama saingan itu dianjurkan.
Bekking yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berkata, matlamat utama pembangunan adalah untuk memupuk budaya kemenangan di dalam dan di luar padang.
“Salah satu fokus utama di tahun pertama ialah cuba mewujudkan budaya berprestasi tinggi yang bermaksud kami cuba mencipta budaya kemenangan daripada menumpukan hanya pada kemenangan daripada perlawanan.
“Untuk melakukan ini, tingkah laku kakitangan dan pemain adalah sangat penting. Usaha 100 peratus tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa. Ia adalah perkara yang biasa.
“Kita mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh menerima sebarang maklum balas tanpa mengubah mentaliti mereka untuk terus beraksi dengan baik. Kita juga meletakkan tuntutan tertentu menjadi satu tanggungjawab yang tinggi.
sumber:- HM
“Ia adalah sebahagian daripada persekitaran pembelajaran yang kami cuba cipta. Dalam persekitaran sedemikian, keselamatan adalah sangat penting. Ini bermakna pemain dan jurulatih bukan sahaja dijangka untuk mendapatkan kemenangan tetapi dibenarkan melakukan kesalahan kerana proses ini akan memberikan pengajaran berharga kepada mereka,” katanya.
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More