sukan

MFL mahu haramkan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengganggap tindakan mengharamkan penyokong memasuki stadium boleh menjadi jalan terbaik untuk membendung ‘pengganas bola sepak’ mencetuskan masalah pada hari perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam menegaskan pihaknya sentiasa memandang serius insiden pergaduhan yang berlaku baru-baru ini dan juga beberapa insiden lain yang pernah berlaku sebelum ini.

Jelasnya, badan organisasi liga itu menyelar tindakan tidak bertanggungjawab terbabit dan mereka perlu bekerja secara kolektif untuk menghapuskan gejala ini daripada Liga Malaysia (Liga M) bagi memastikan kancah domestik selamat buat semua lapisan penyokong.

“Tindakan tidak bertanggungjawab daripada segelintir kumpulan kecil penyokong ini tidak dialu-alukan dalam bola sepak kita di mana kita mesti bertindak sebagai komuniti bola sepak untuk memastikan persekitaran yang selamat buat semua penyokong.

“Ya, (sekat kelompok penyokong ini ke stadium) jika insiden itu terlalu kerap berlaku dan menjadi bertambah bahaya. Kita perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun ia satu langkah yang tegas.

“Keselamatan untuk semua penyokong sentiasa menjadi keutamaan MFL dan juga semua pasukan yang bertanding,” kata Stuart.

Terdahulu, isu pergaduhan dalam sukan bola sepak dilihat semakin parah dan terbaharu ia membabitkan penyokong Selangor FC (SFC) dan Perak FC (PFC) bergaduh di luar stadium sehingga ada yang mengalami kecederaan di muka.

Difahamkan kekecohan itu berlaku sebelum perlawanan antara SFC dan PFC dan lebih menyedihkan apabila kenderaan turut dirosakkan oleh segelintir penyokong yang tidak ‘bertamadun’ itu.

sumber:- BH

Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong PFC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang.

Recent Posts

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New ZealandTERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

3 hours ago
Peringatan tegas kepada pemainPeringatan tegas kepada pemain
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

4 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

6 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

8 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

8 hours ago