Pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA), Ariff Farhan Md Isa bertekad mempertahankan maruah Sang Kenari pada aksi yang dianggap umpama turun ke medan perang menentang Selangor FC di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.
Bek kiri berusia 27 tahun itu berkata, tiada pilihan lain buat pasukannya selain wajib menang untuk terus menghidupkan perjuangan KDA meraih gelaran naib juara Liga Super musim ini.
“Ini satu perlawanan yang penting buat pasukan pada musim ini yang mana memang kami wajib menang. Jika tewas atau pun seri, maka peluang itu sudah dikira tertutup buat kami.
“Saya jangkakan perlawanan ini akan menjadi cukup sengit dan mencabar apabila berdepan pemain Selangor. Ia seperti turun ke medan perang kerana dengan kemenangan sahaja yang boleh memberi peluang untuk kami melangkah ke saingan peringkat Asia tahun depan.
“Kami juga mahu memastikan aksi terbaik dapat disajikan buat semua penyokong kerana aksi ini juga perlawanan terakhir di Stadium Darul Aman musim ini dan sudah pasti kami mahu menutup aksi di laman sendiri ini dengan cemerlang dan kenangan yang manis,” katanya selepas menjalani latihan di padang MADA, semalam.
Dia yang turut menyumbang satu gol ketika menewaskan Kelantan 6-1, Ahad lalu turut menaruh keyakinan bahawa momentum kemenangan itu mampu melonjakkan lagi motivasi meneruskan perjuangan dalam aksi seterusnya.
“Satu gol yang saya hasilkan di Kota Bharu menambahkan lagi motivasi dan semangat saya untuk berjuang habis-habisan di hadapan penyokong yang akan hadir di laman sendiri Sabtu ini.
sumber:- BH
“Apa yang kami perlukan adalah fokus serta mengikuti persiapan yang akan dirancang ketua jurulatih Nafuzi Zain bagi memastikan kami bangkit menebus kekalahan kepada Selangor pada aksi pertama pada Mei lalu,” katanya.
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More