Kelantan United FC (KUFC) kehilangan ayam tambatannya, Jose Elmer Porteria ketika saingan Liga Super musim ini hanya berbaki dua perlawanan.
Pemain berusia 29 tahun itu sah meninggalkan skuad Kijang Hijau apabila menamatkan kontrak lebih awal menerusi persetujuan bersama dengan kelab itu.
Ketua Pegawai Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, Jose Elmer Porteria atau lebih dikenali sebagai OJ dilaporkan mendapat tawaran kontrak lebih baik bersama kelab lain.
“Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau yang cukup besar dan segala dedikasinya dalam membantu kelab dan pasukan.
“Selamat maju jaya diucapkan bersama pasukan baharu demi masa depan yang lebih baik dalam karier bola sepak beliau,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Pemain import dari Filipina itu membuat 25 penampilan dengan menjaringkan tujuh gol dan melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang bersama KUFC.
sumber:- HM
Dia juga penjaring terbanyak kelab bagi musim ini dikatakan bakal menyertai kelab Indonesia, Dewa United FC.