sukan

Antonsen ajak Zii Jia asah taring

Anders Antonsen berhajat untuk menjalani persiapan di Malaysia di samping pemain nombor 11, Lee Zii Jia, sebagai persiapan ke Hangzhou untuk Final Jelajah Dunia bermula 13-17 Disember depan.

Pemain Eropah itu tidak bercadang kembali ke Denmark — yang memasuki musim sejuk — dalam masa terdekat malah rancangan asalnya ialah berkunjung ke Melbourne, Australia, sebelum memulakan kempen baru.

Pemain Denmark itu ditemui sedang giat menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara hari ini.
“Sudah tentu, kalau Zii Jia ada kelapangan. Dia pastinya sedang berlatih tapi kami sedang berhubung.

“Dia boleh membantu saya dalam banyak hal dan ia sesuatu yang bagus. Saya sudah banyak kali berada di Kuala Lumpur.
“Saya tahu tempat makan dan minum yang boleh saya kunjungi lagi.”Saya juga bercadang mencuba sesuatu yang baru dan berjalan-jalan di sini.

“Bagaimanapun, saya juga akan sibuk dengan latihan. (Kunjungan kali ini) bukanlah satu percutian tapi saya mahu mengambil kesempatan untuk meluangkan masa di sini,” kata bekas juara 2020 itu di ABM sebentar tadi.

Antonsen menjelaskan Kuala Lumpur terlintas di dalam fikirannya tatkala dia belum pasti akan bertanding dalam kejohanan itu memandangkan kedudukannya masih boleh digugat oleh Kenta Nishimoto yang akan membawa cabaran dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di India yang menawarkan pungutan 7,000 mata.

“Saya menghubungi jurulatih-jurulatih dan mereka membenarkan saya untuk berada di sini selama beberapa minggu.
“Saya akan menggunakan gelanggang sahaja dan tidak mengikuti program latihan di sini.

sumber:- SA

“Pemain tempatan memulakan latihan lebih awal, saya baru berlatih hari ini jadi saya perlu ubah rentak dan turun berlatih lebih awal.”Mereka mula berlatih 6.45 atau 7 pagi dan ia terlalu awal bagi saya,” katanya lagi.