sukan

TMJ bakal lebar sayap ke luar Negara

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkemungkinan akan membuat pelaburan atau membeli saham dalam bola sepak Jepun.

Ia susulan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengadakan pertemuan dengan wakil Liga Jepun (J League) di Tokyo, hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan JDT menerusi laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers dengan objektif perbincangan itu juga bagi mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur.

“Tunku Ismail mengadakan pertemuan dengan wakil J League di Tokyo, hari ini bagi membincangkan kemungkinan beliau melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.

“Antara objektif adalah termasuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur dan menarik syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor.

“Wakil dari J League termasuk Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global), Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya,” jelas kelab itu.

Skuad Harimau Selatan kini berada di Jepun bagi menghadapi aksi kelima Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Todoroki, esok.

sumber:- BH

JDT menghuni tangga ketiga kumpulan, berkongsi enam mata bersama kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai manakala Kawasaki Frontale di kedudukan teratas dengan mengumpul 12 mata.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

2 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

4 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

4 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

5 hours ago