Johor Darul Ta’zim (JDT) harus tampil agresif bagi mengimbangi kekuatan jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todokori, petang esok.
Pengendali JDT, Esteban Solari bakal menjelmakan ramuan terbaik buat barisan pemainnya bagi mengharungi aksi 90 minit permainan tatkala perlu berdepan dengan kondisi cuaca sejuk dengan suhu sekitar 17 darjah selsius dan mungkin memberi kesan terhadap corak permainan skuad Harimau Selatan.
Apapun, Solari bingkas menidakkan faktor cuaca yang boleh menjejaskan rentak permainan JDT tatkala pemainnya bersedia berdepan cuaca sejuk dan akan berusaha mengadaptasi situasi apabila turun beraksi nanti.
“Kondisi cuaca tidak banyak bagi perubahan terhadap pemain malah untuk cepat menyesuaikan diri dengan kondisi itu maka kami terbang ke Jepun lebih awal bagi memahami keadaan di sini dan juga kami menjalani latihan dan pemain tampak tidak kekok.
“Pemain juga mengetahui akan kondisi cuaca yang mereka perlu dihadapi malah ada beberapa pemain sudah bermain di negara cuaca sejuk termasuk baru-baru ini pemain kebangsaan beraksi di Taiwan dan juga ketika aksi menentang Ulsan Hyundai di Korea Selatan.
sumber:- HM
“Saya enggan meletak kondisi cuaca sejuk sebagai alasan kerana kami berada di sini lebih awal bagi membuat persiapan sebelum aksi sebenar menentang skuad kendaliaan Toru Oniki. Apapun yang menyukarkan adalah perlu menempuh penerbangan berjam-jam dan terpaksa beraksi di luar,” katanya.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More