Penang bangkit dari ketinggalan sebanyak dua kali sebelum menumbangkan Sri Pahang 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya sebentar tadi.
Rafael Silva terlebih dahulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-20 apabila memanfaatkan umpanan jarak jauh Sergio Aguero yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan.
Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama lima minit, di mana Abdeen Abdul kemudian kembali menyamakan kedudukan buat tuan rumah dengan menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Al Hafiz Harun.
Dalam babak kedua, Sri Pahang kembali berada di depan pada minit ke-62 apabila Syazwan Andik Ishak melepaskan rembatan kaki kanan dari luar kawasan penalti yang menerjah jaring Harimau Kumbang tetapi tuan rumah, yang kini dibimbing Akmal Rizal Ahmad Rakhli selaku jurulatih interim, sekali lagi memberikan respons pantas berselang dua minit.
Dalam satu situasi kelam-kabut di depan gawang Tok Gajah, Abdeen memperoleh gol kedua peribadinya menerusi percubaan yang terbias kaki pertahanan lawan sebelum melantun dan memasuki gawang pelawat.
Gol kemenangan pasukan Pulau Mutiara itu hadir pada minit ke-70 apabila Izzat Zikri Iziruddin melepaskan rembatan voli jarak jauh yang gagal diselamatkan deretan pertahanan Sri Pahang.
sumber:- SA
Dengan kemenangan itu, Penang naik satu peringkat ke tangga ke-10 liga dengan 23 mata manakala Sri Pahang pula kekal di tangga kelima dengan 44 mata berbaki dua perlawanan.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More