sukan

Kedah ternyata tidak sia-siakan lubuk gol

Dua pasukan dari Kelantan dibelasah lawan masing-masing dalam aksi Liga Super sebentar tadi.Kelantan terus dirundung malang apabila tewas 1-6 kepada Kedah Darul Aman di Kota Bharu.

Selepas dibelasah Sabah 0-7 minggu lalu, sekali gus menjadi pasukan pertama dibolosi lebih 100 gol semusim dalam sejarah Liga Super, tiada sebarang petanda kebangkitan mampu ditunjukkan The Red Warriors.

Dengan pengusaan penuh Hijau Kuning dalam separuh masa pertama, Ifedayo Olusegun hanya memerlukan setengah jam untuk mencatatkan hatrik, termasuk menyempurnakan dua sepakan penalti, masing-masing pada minit keenam dan 26.

Wan Amirul Afiq Abdul Rahman turut mencatatkan nama selaku penjaring pada minit ke-29, seminit sebelum Ifedayo melakar hatrik.
Dengan Kedah mengeluarkan beberapa pemain utamanya dalam babak kedua, Kelantan akhirnya memperoleh satu gol menerusi jaringan Haziman Che Ngah pada minit ke-73.

Bagaimanapun, Ifedayo sekali lagi menghantui pemain tuan rumah menerusi satu lagi jaringannya pada minit ke-80 sebelum Ariff Farhan Md Isa melengkapkan malam gemilang Sang Kenari pada minit ke-87.

sumber:- SA

Aksi di Cheras pula menyaksikan Kelantan United turut tumbang 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC.Selepas Matko Zirdum membuka jaringan pada minit ke-21, Paulo Josue dan Tchetche Kipre melebarkan kelebihan buat tuan rumah dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-68 dan 78.

Recent Posts

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan PakistanKomen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

21 minutes ago
Peluang masih ada, bukan tertutup terusPeluang masih ada, bukan tertutup terus
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

2 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

2 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

3 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

5 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

7 hours ago