sukan

Penyokong buat ‘onar’ lagi

Bola Sepak boleh dikatakan sukan rakyat yang dimainkan oleh semua lapisan masyarakat, ini kerana dari zaman persekolahan lagi kita sudah didedahkan dengan pengalaman bermain bola sepak bersama rakan-rakan semasa Pendidikan Jasmani.

Minat mendalam terhadap bola sepak menarik minat orang ramai untuk turun ke stadium demi menyokong pasukan diminati masing-masing.

Namun sukan ini telah dikotori dengan pelbagai insiden tidak menyenangkan akibat daripada tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab.

Insiden terbaru terjadi di mana ‘casual’ tempatan bergaduh susulan kemenangan Harimau Malaya ke atas Republik Kyrgyz tempohari.

Menurut sumber, pergaduhan itu berlaku berhampiran Axiata Arena yang melibatkan lebih 15 orang sebelum dileraikan oleh anggota polis yang berada berdekatan dengan lokasi itu.

Saksi di tempat kejadian yang ingin dikenali sebagai Mohd berkata,”Situasi berlaku bermula dengan letupan mercun berhampiran Axiata Arena sebelum pergaduhan tercetus.

“Paling menyedihkan apabila seorang lelaki dipijak beramai-ramai sebelum kepalanya dipukul dengan batang besi sehingga berdarah.

“Polis berjaya tangkap individu yang memukul menggunakan batang besi itu, tapi majoriti besar yang terlibat dengan pergaduhan itu terlepas.

sumber: SA

“Yang peliknya, mereka ini gaduh sesama sendiri, masing-masing peminat Harimau Malaya juga,” katanya.Itu antara insiden besar yang ‘tidak dihebohkan’, yang pasti ia adalah tompok hitam buat bola sepak negara.
Kepada anda yang terlibat dengan ‘casual’, adakah anda hanya akan berhenti jika ada nyawa yang tergadai?