sukan

Solari tak letak syarat 100

Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan meletak sasaran bagi mengakhiri saingan Liga Super pada musim ini dengan menjaringkan 100 gol ketika berbaki dua lagi perlawanan yang perlu diharungi.Pengendali JDT, Esteban Solari berkata beliau tidak meletak sebarang sasaran untuk memastikan pemainnya mampu menamatkan saingan liga dengan menghasilkan 100 gol tatkala hanya berbaki dua perlawanan lagi.

“Sejujurnya itu bukanlah sasaran yang saya letakkan untuk pasukan ini menjaringkan 100 gol, apa yang diutamakan adalah mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi sama ada saingan liga, Piala FA dan Piala Malaysia.”Malah apa yang diutamakan sudah pasti mempamerkan aksi terbaik dalam setiap aksi yang kami hadapi dan jika mereka mampu jaringkan 100 gol atau 1000 gol sudah tentu saya amat gembira tapi dalam permainan bolasepak kita harus konsisten dalam setiap perlawanan.

“Saya juga tidak pernah menyatakan kepada pemain yang kita perlu jaring kuantiti yang banyak, sebaliknya saya tekankan untuk mereka menjadi yang terbaik apabila beraksi di padang dengan sentiasa beraksi mengikut strategi dan taktikal yang dibentuk,” katanya.Selepas mengharungi 24 perlawanan, JDT kini sudah menjaringkan 90 gol dan hanya perlu 10 gol lagi untuk ke angka 100 gol ketika aksi menentang Sri Pahang FC pada 3 Disember ini dan aksi penutup liga menentang Penang FC pada 16 Disember ini bakal menjadi penentu sama ada skuad kendalian Solari mampu mencipta rekod jaringan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Mengulas mengenai kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim, iskandar Puteri, malam tadi, pengendali kelahiran Argentina itu menegaskan peluang begitu banyak untuk mencipta jaringan selepas 20 percubaan tepat ke arah gol dilakukan barisan serangan JDT.”Kita boleh menang sekurang-kurang 4-0 atau 5-0 tapi malam ini (malam tadi) bukan milik JDT untuk bergembira dengan jaringan banyak tapi saya tetap berpuas hati dengan persembahan setiap pemain terutama pemain muda seperti Daryl Sham (KK George).

sumber:- HM
“Untuk aksi seterusnya, kami perlu segera perbaiki kelemahan sebelum berdepan Kawasaki Frontale dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tempat lawan dan beberapa pemain yang saya rehatkan akan kembali menjalani latihan,” kata Solari.