Pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco terpaksa menamatkan musim 2023 baki tiga perlawanan untuk ditamatkan.
Gallifuoco dinasihatkan doktor dan pakar perubatann dengan alasan ia boleh membawa kepada masalah penglihatan yang lebih serius kepada dirinya hingga akhir hayat.
“Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada musim ini,” kata Gallifuoco. “Saya ada tiga keretakan tulang pipi, satu di bawah saraf optik saya. Saya dah berbincang dengan doktor dan pakar perubatan mereka bimbang mungkin akan menambah kecederaan itu jika saya terus bermain.
“Jadi mereka maklumkan saya tidak boleh bermain. Kini saya perlu pakai topeng macam Zorro untuk selama enam bulan.
Gallifuoco alami kecederaan itu ketika aksi aksi timbal balik Piala Malaysia antara KL City FC dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 3 November.
sumber:- SA
Pemain tinggi lampai itu yakin bahawa rakan-rakannya akan terus memastikan KL City akan dapat meraih mata yang diperlukan.
“Saya yakin rakan-rakan saya akan dapat meraih sembilan mata yang diperlukan,” katanya. “Saya akan terus memberi sokongan kepada rakan-rakan..”