Ujian getir menanti Malaysia

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara diundi dalam Kumpulan D bersama juara 2018, Uzbekistan bagi pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung dari 15 April hingga 3 Mei tahun hadapan di Qatar.

Selain Uzbekistan, Harimau Malaya B-23 turut akan menentang naib juara 2018, Vietnam dan Kuwait yang turut diundi dalam kumpulan sama pada majlis undian, hari ini.

Uzbekistan mara selaku juara Kumpulan E manakala Vietnam mengungguli Kumpulan C dalam kempen kelayakan yang berlangsung pada September lalu.

Kuwait dan Malaysia pula mara selepas muncul antara empat pasukan naib juara terbaik daripada 11 kumpulan dalam kempen kelayakan.

Gergasi Asia Tenggara, Thailand pula berada dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Arab Saudi, Iraq dan Tajikistan.

sumber:- BH

Satu lagi pasukan Asia Tenggara, Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Qatar, Australia dan Jordan.Sementara itu, dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan diundi dalam Kumpulan B bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China.