Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, menewaskan rakan senegaranya, Ng Tze Yong, untuk mara ke pusingan kedua Masters China.
Pemain nombor 11 dunia, Zii Jia terpaksa bangkit sebelum menewaskan pemain nombor 15 dunia, Tze Yong 21-15, 20-22, 21-17 dalam perlawanan pusingan pembukaan yang mendebarkan di Gimnasium Teluk Shenzhen sebentar tadi.
Zii Jia seterusnya akan menentang tuan rumah nombor 16 dunia, Lu Guangzu pada pusingan kedua esok.Sementara itu, pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan gandingan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Mei-Lai Pei Jing tersingkir daripada pertandingan itu.
Pemain nombor 12 dunia, Pearly-Thinaah, berhempas pulas tetapi tewas dengan perit 11-21, 21-15, 20-22 kepada pemain nombor 11 dunia Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong.
sumber:- SA
Tidak lama kemudian, Huat-Shevon tunduk 17-21, 20-22 kepada Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong, manakala Kian Meng-Pei Jing tumbang 16-21, 21-23 kepada pemain Singapura Terry Hee-Jessica Tan.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More