sukan

Nasib di tangan mereka sendiri

Nasib Kelantan FC untuk kekal beraksi di Liga Super musim 2024/25 bergantung sepenuhnya di tangan mereka dan hanya mereka boleh menentukan sama ada mereka mahu terus menyertai divisyen elit itu musim depan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mengharapkan pasukan yang pernah menjadi gergasi bola sepak tempatan itu dapat memenuhi syarat First Instance Body (FIB) bagi mendapatkan lesen kebangsaan musim 2024/25.

Ini kerana Stuart masih mengharapkan 14 pasukan dapat mewarnai saingan Liga Super musim depan memandangkan ketika ini, hanya pasukan itu belum menerima lesen kebangsaan tidak seperti 13 pasukan yang lain.

“Kita harap Liga Super masih ada 14 pasukan dan slot ke-14 itu berada dalam pasukan itu sendiri. Selepas tarikh akhir 31 Disember nanti, saya jawab soalan itu (sama ada Liga Super kekal 14 pasukan).

“Buat masa ini, MFL selaku badan organisasi Liga Malaysia (Liga M) mengharapkan slot ke-14 itu masih diisi Kelantan FC jika mereka boleh memenuhi syarat seperti dibentangkan FIB.

“Jika mereka gagal selesaikan syarat seperti yang dinyatakan FIB, secara automatik Kelantan FC menyingkirkan pasukan mereka sendiri dari Liga Super,” kata Stuart.

Terdahulu, Pengerusi badan bebas FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengesahkan tiada pasukan dari Liga M3 ‘dinaikkan pangkat’ selepas tiada yang menerima lesen kebangsaan.

“Tujuh pasukan Liga M3 terdiri daripada Imigresen FC, KL Rovers FC, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC memohon lesen kebangsaan ‘luar biasa’ bagi kitaran pelesenan tahun 2023 untuk lesen kebangsaan Liga Super musim 2024/25.

sumber:- BH

“Namun begitu, semua tujuh pasukan itu 7 tidak diberikan lesen kebangsaan selepas keputusan yang dibuat pada Mesyuarat FIB pada 31 Oktober 2023,” katanya.