sukan

Peluang Tang Jie – Ee Wei ke BWF World Tour Finals

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpeluang untuk mara kejohanan penutup musim badminton, BWF World Tour Finals 13 hingga 17 Disember.

Apa yang perlu dilakukan pasangan ini ialah mara ke suku akhir Masters China bermula Selasa ini sambil mengharapkan beberapa pasangan yang lain kecundang.

“Tang Jie-Ee Wei belum layak ke BWF World Tour Finals,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky kepada Stadium Astro. “Untuk pastikan layak mereka perlu mara ke suku akhir sambil harapan pesaing mereka yang lagi tersingkir di pusingan awal.”

Ketika ini Tang Jie-Ee Wei berada di ranking kelapan BWF World Tour Finals – tempat terakhir kelayakan dengan tiga pasangan masing-masing dari Taiwan, Hong Kong dan Jepun menjadi pesaing paling sengit.

Bagi beregu lelaki negara, Aaron Chia / Soh Wooi Yik hampir pasti ke World Tour Finals.

sumber:- SA

“Saya berharap mereka akan terus fokus kepada kejohanan Masters China,” kata Rexy. “Setiap kejohanan yang mereka serta perlu fokus dan bukan hanya kepada World Tour Finals.