sukan

‘pecat saya jika kalah’

Jurulatih Thailand, Mano Polking memberi jaminan bahawa pasukannya itu akan berjuang habis-habisan apabila turun menentang pasukan tuan rumah Singapura dalam aksi kedua kumpulan C kelayakan Piala Dunia, malam ini.

Beliau turut memberitahu dalam sidang media bahawa beliau sedia dipecat oleh persatuan jika pasukan Gajah Perang itu tunduk di tangan Singapura. Kelantangan itu disuarakan berikutan kebimbangan penyokong Thailand mengenai kekalahan pasukannya di tangan China 1-2 di laman sendiri tempoh hari.

“Kami hadir di sini dengan kesulitan sama seperti pasukan Singapura, kerana kedua-duanya tewas dalam aksi pertama sebelum ini” beliau menambah.

sumber:- SA

Pasukan Singapura akan melayan kunjungan Thailand malam ini di Stadium Nasional Singapura, pada jam 8 malam ini.