England hampir dimalukan Macedonia Utara dalam aksi kelayakan Kumpulan C Euro 2024 dengan keputusan 1-1 di Skopje.
Skuad kendalian Gareth Southgate ketinggalan menerusi jaringan babak pertama Enis Bardhi, sebelum gol sendiri Jani Atanasov menyelamatkan England di Tose Proeski Arena.
Muncul juara kumpulan C dengan enam kemenangan dan dua seri, England akan menyertai Jerman, Portugal, Perancis, Sepanyol dan Belgium dalam balang pertama ketika undian nanti.
“Saya fikir selepas layak dan semuanya sudah dicapai, mentaliti pemain akan lebih cemerlang. Kualiti ketika mengawal bola di atas padang sukar ini bagus, tetapi hantaran terakhir yang tidak dapat dilakukan,” kata Southgate.
Minggu ini Southgate mencabar England, yang berada di tangga keempat, untuk memintas Argentina, Perancis dan Brazil bagi menjadi pasukan nombor satu dunia.
Bagaimanapun cabaran itu tampak memakan diri apabila Macedonia Utara, yang berada di ranking ke-66 dunia pun tidak mampu mereka tewaskan.
sumber:- BH
Pada aksi pertama Jun lalu, England membelasah Macedonia Utara 7-0 di Old Trafford. – AFP