sukan

Aaron-Wooi Yik mudah mara di Masters China

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke pusingan kedua Masters China selepas menumpaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, hari ini.

Pertarungan di Gimnasium Shenzen menyaksikan beregu nombor dunia itu merekodkan kemenangan 21-15, 21-15 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik yang juga juara dunia 2022 melebarkan rekod dengan mencatatkan lima kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik yang berstatus pilihan ketiga kejohanan bakal berdepan salah satu daripada beregu China di pusingan kedua.Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa bertarung tiga set sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung 21-11, 15-21,21-17.

Namun, nasib tidak menyebelahi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin apabila tewas kepada beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Sato 23-21, 22-24 dan 19-21.

sumber:- SA

Turut terkandas seawal pusingan pertama ada beregu campuran negara , Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 18-21,18-21.