sukan

Saya tak rasa mereka mahu mara — Pan Gon

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menegaskan impian pasukannya untuk berada dalam kelompok 18 pasukan terbaik Asia. Dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Chinese Taipei sebentar tadi, Kim Pan-gon berkata sasaran Harimau Malaya mungkin tidak sama jika dibandingkan dengan sasaran pasukan lawan itu.

“Sasaran kami mungkin berbeza. Kami mahu mara ke pusingan 18, saya fikir mungkin Chinese Taipei tiada sasaran untuk ke pusingan tersebut. Kami mempunyai lebih keinginan untuk layak ke peringkat seterusnya” ujar Kim Pan-gon.

sumber:- SA

Namun begitu, Kim Pan-gon turut menyatakan pasukan Harimau Malaya perlu hormati dan merendah diri sebelum perlawanan esok kerana Chinese Taipei merupakan pasukan yang kuat di laman mereka sendiri, dan turut melihat kepada rekod perlawanan terdahulu.