sukan

Malaysia makin melonjak

Jika tiada aral melintang skuad Harimau Malaya bakal menyaksikan peningkatan mendadak dalam kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dalam tempoh terdekat ini.

Hal ini kerana, kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia iaitu Kyrgyzstan menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon melonjak tujuh anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-130 Fifa.

Skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan itu mempamerkan aksi memukau untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Harimau Malaya yang berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan baru-baru ini sekali gus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata.

Malah, pertambahan mata tidak terhenti di situ saja apabila skuad Harimau Malaya dijangka naik sekurang-kurang satu lagi anak tangga jika dapat mencatat kemenangan bertemu Taiwan hari ini esok.

Kemenangan berdepan Taiwan di membolehkan Malaysia mengumpul mata keseluruhan menjadi 1123.26 mata untuk naik ke tangga 129 dunia.

Kejayaan di tempat lawan juga mampu menggugat kedudukan Republik Afrika Tengah menjelang pengesahan daripada Fifa secara rasmi sebaik jadual antarabangsa berakhir.

Berdasarkan kepada situasi semasa skuad Harimau Malaya sudah pastinya tidak mustahil untuk merealisasikan Impian untuk berada di kelompok 120 terbaik dunia dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran untuk berada di kelompok 120 dunia berdasarkan kepada perancangan terbaik dan kejayaan memihak kepada Harimau Malaya.

sumber:- HM

Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan 137 dunia yang juga ranking terbaik Harimau Malaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kedudukan terburuk pada 2018 yang mana menghuni tangga 178.