sukan

Kylian Mbappe catat sejarah lagi selepas menang 14-0

KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe lebih berminat untuk memperkatakan mengenai pencapaian pasukan berbanding rekod peribadinya sendiri ketika pasukan kendalian Didier Deschamps itu menang 14-0 ke atas Gibraltar pada Ahad.

Hatrik Mbappe di Nice menyaksikan dia menjadi pemain termuda yang merekodkan 300 gol dalam lima liga terbaik Eropah dan perlawanan antarabangsa pada usia 24 tahun, 10 bulan dan 29 hari.

“Kami perlu menyerlahkan kemenangan kolektif.

“Terdapat ramai pemain dalam pasukan Perancis yang berbakat dan untuk mencipta rekod kemenangan besar ini adalah sesuatu yang istimewa.

“Pasukan yang terbaik adalah lebih berharga daripada pencapaian peribadi.

“300 gol yang dijaringkan dalam karier saya adalah pencapaian baharu bagi saya tetapi ia perkara tidak penting kerana pasukan mempamerkan prestasi luar biasa hari ini,” katanya.

Lionel Messi menjaringkan gol ke-300nya pada usia 25 tahun, empat bulan dan tiga hari, tetapi Mbappe menegaskan dia masih jauh untuk mencapai apa yang telah dilakar oleh Messi dan Cristiano Ronaldo.

sumber:- SH

“Sesetengah pemain menjaringkan lebih banyak gol, ia tidak masuk akal!.”Ia satu langkah untuk saya dan saya mahu terus menjadi watak penting untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya,” katanya.