sukan

Lawan Malaysia seterusnya bukan calang-calang

Menjelang perlawanan kedua Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 pada 21 November ini, sedikit fakta menarik mengenai Chinese Taipei:

1. Menewaskan Malaysia pada aksi persahabatan dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada September 2018: Chinese Taipei menang 2-0.

2. Jurulatih Malaysia pada 2018 ialah Tan Cheng Hoe, manakala Chinese Taipei pula Gary White, jurulatih sama yang masih mengendalikan The Blue Wings

3. Ranking Dunia Fifa: Malaysia (137), Chinese Taipei (152).

4. Gary White pernah menjadi jurulatih Hong Kong pada 2018-19 / Kim Pan Gon juga pernah menjadi jurulatih Hong Kong pada 2012-17.

5. Dalam tiga perlawanan terakhir menentang Malaysia, Chinese Taipei menang 2 kalah 1

sumber:- SA

Rekod Pertemuan:
Persahabatan: September 2018 (Taiwan): Chinese Taipei 2 Malaysia 0
Kelayakan Piala Dunia (AFC): 3 Julai 2011 (Taiwan) – Chinese Taipei 3 Malaysia 2
Kelayakan Piala Dunia (AFC): 29 Jun 2011 (KL) – Malaysia 3 Chinese Taipei 2