sukan

Peningkatan terbesar Malaysia di Ranking terkini FIFA

Skuad Harimau Malaya nampaknya tidak mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan menentang Kyrgyzstan, malam selepas.

Umum mengetahui susulan kemenangan Malaysia tersebut, skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mencatatkan pungutan sebanyak 15.49 mata dalam ranking FIFA. Apa yang lebih manis, keputusan tersebut memperbaiki ranking Malaysia sebanyak +7 anak tanga menyaksikan kedudukan berubah daripada 137 ke 130, sekaligus mencatatkan Malaysia sebagai pasukan yang memperoleh peningkatan terbesar dalam kalangan pasukan Asia.

sumber:- SA

Untuk rekod, Harimau Malaya yang mempunyai 1112.21 mata (130) kini berada di tangga ke-3 dalam pasukan ASEAN, yang kini mengejar Thailand yang mempunyai 1167.47 mata (115) manakala Vietnam kekal menjadi pasukan terunggul ASEAN dengan 1245.46 mata (93).