sukan

Luar Biasa Malaysia bangkit di Kelayakan Piala Dunia

Arif Aiman Hanapi menjadi watak pemusnah ketika Harimau Malaya membenam Kyrgyzstan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, sebentar tadi.

Dengan menerapkan tiga pertahanan tengah, dua gol dalam tempoh dua minit mencerminkan kerapuhan posisi berkenaan.
Situasi itu meniup keyakinan kepada Kyrgyzstan untuk menggugat gawang tuan rumah buat kali ketiga sebaik permainan bersambung.

Keresahan itu menjadi kenyataan apabila pintu gol negara yang dikawal Syihan Azmi Mohamed bagaikan dipersendakan ketika dirobek Kai Merk selesa menyudahkan peluang pada minit ke-51.

Selepas beberapa ketika hilang arah yang memaksa Pan-gon menggunakan tiga penggantian dan percaturan itu mengubah rentak negara apabila rembatan dari tepi padang Arif Aiman melepasi garisan gol akibat tampanan Khristiyan Brauzman untuk jaringan sendiri pada minit ke-72.

Dan Cools menyelamatkan maruah negara dengan satu lagi lonjakan tinggi menerusi bola pegun yang disepak Arif Aiman untuk menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-77.

sumber:- SA

Nama Arif Aiman meniti semula di bibir penyokong negara apabila umpanannya mencipta larian buat Faisal Halim untuk gol kemenangan pada masa kecederaan walaupun hampir Kyrgyzstan membuatkan kem negara berputih mata sebelum wisel penamat ditiupkan.