sukan

Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang

Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meneruskan langkahan ke pusingan 16 terbaik Masters Jepun selepas menewaskan lawan dari Taiwan Lee Yang/Wang Chi Lin.

Aaron dan Wooi Yik bagaimanapun tidak diberi laluan mudah di set pertama permainan apabila menerima tentangan sengit dari beregu Taiwan itu sebelum mampu mencatatkan kemenangan 21-18.

Bagaimanapun laluan di set kedua lebih mudah buat beregu negara itu apabila mampu menjinakkan Lee Wang dan Wang Chi Lin dengan 21-14.

Tugas Aaron/Wooi Yik yang juga pilihan ke-4 kejohanan akan lebih berat esok apabila dijadual bakal turun berdepan dengan beregu tuan rumah Akira Koga dan Taichi Saito.