sukan

Luahan Pan Gon penuh perasaan

“We Will Happy Together or We Will Cry Together,” kata Kim Pan-gon.

Itu antara respon dari pengendali Harimau Malaya, Pan-gon yang berjanji akan berikan terbaik untuk perlawanan akan datang bagi memastikan kemenangan memihak kepada Malaysia.

Menurut jurulatih berusia 54 tahun itu, kesemua pemain akan menjalankan tanggungjawab mereka di atas padang dan beliau bersama barisan jurulatih pula akan fokus kepada tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Untuk peminat dan pengurusan tertinggi, kami cuba yang terbaik. Kami fokus untuk sediakan perancangan terbaik, latihan yang bagus dengan harapan boleh ditunjukkan dalam perlawanan. Kepada peminat, teruskan menyokong kerana kita akan bergembira bersama-sama dan menangis bersama-sama. Tunggu untuk itu,”katanya.

“Kadang saya rasa kalau saya tak boleh buat, saya tak buat. Ada bahagian saya tak boleh lakukan, saya terima. Kalau saya mula buka mulut untuk komplain, tiada guna. Baik saya tutup mulut dan hargai apa yang ada.

“Saya hargai sokongan daripada semua pihak. Buat apa saya nak buka mulut kata ini tak boleh, tak dapat sokongan ini semua negatif. Saya tak suka, tak bantu apa pun kerana ia dapat penyesalan selepas perlawanan.

“Buat masa ini, fokus kepada kejohanan ini (Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027) kerana ia sangat penting,”katanya.

sumber:- HM

Pada aksi kelayakan Kumpulan D itu, Malaysia akan turun menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis depan, sebelum terbang ke Taiwan untuk perlawanan kedua lima hari kemudian.