sukan

Tang Jie – Ee Wei ternyata lebih unggul ke suku akhir

Turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir Badminton Masters Korea Selatan pada Jumaat, pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang mudah menundukkan rakan senegara, Ho Pang Ron dan Cheng Su Yin 21-9, 21-8.

Di atas kertas, kedua pasangan negara ini tidak pernah bertemu. Namun memegang status pemain pilihan keempat kejohanan, Tang Jie dan Ee Wei, sememangnya keduanya berada di kelas tersendiri apabila sekadar memerlukan 26 minit untuk menamatkan cabaran Pang Ron dan Su Yin.

sumber:- SA

Dari awal lagi sememangnya Pang Ron dan Su Yin gagal menghadirkan cabaran sekaligus memudahkan Tang Jie dan Ee Wei memungut mata demi mata sebelum memastikan pertemuan dengan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh – Lin Xiao Min di suku akhir.