Kemenangan dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Terengganu FC (TFC) di Piala AFC menyumbang kepada kedudukan carta AFC MA Malaysia yang melonjak ke posisi ke-11 Asia dan kedua Asean.
Ia menyaksikan Malaysia memintas Australia dalam kedudukan carta AFC MA dengan memungut 28.674 mata.
Pungutan mata itu disumbangkan pasukan kendalian Esteban Solari selepas memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas juara Korea, Ulsan Hyundai.
Skuad Harimau Selatan sudah menang dua perlawanan dan tewas dua aksi, namun kemenangan ke atas jaguh Korea itu meletakkan Malaysia kembali ke landasan terbaik dalam ranking AFC MA.
Malah, Terengganu FC beraksi cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC selepas menundukkan kelab dari Filipina Stallion Laguna 3-2, semalam.
Ketika ini Arab Saudi berada di kedudukan pertama carta AFC MA dengan memungut 85.148 mata manakala Jepun di tempat kedua (84.249 mata).
Thailand pula yang berada di tempat pertama Asean dan kelapan carta AFC MA selepas mengutip 47.212 mata.
sumber:- HM
Malaysia berpeluang untuk mengutip mata AFC MA apabila Sabah FC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC, di Stadium Likas, malam ini.