sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama Terbuka Korea

Pilihan kelima kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa mengerah keringat sebelum melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Korea Selatan di Gwangju hari ini.

Berdepan wakil tuan rumah, Choi Hyuk Gyun-Kim Jaehwan, beregu negara itu mempamerkan penguasaan hampir sempurna dalam set pembukaan, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebaik mengikat kedudukan 1-1 sebelum mencatatkan kemenangan 21-8.

Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kebangkitan lawan dalam set berikutnya dan biarpun cuba mengejar kedudukan pada penghujung saingan, Sze Fei dan Nur Izzuddin akur tewas 17-21, sekali gus terpaksa beraksi dalam set penentuan.

Aksi dalam set ketiga pada awalnya kelihatan akan berlangsung sengit, di mana beregu negara itu mengikat kedudukan 3-3 tetapi selepas itu, mereka jelas mendominasi set berkenaan untuk mencatatkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan beraksi selama 51 minit.

sumber:- SA

Sze Fei dan Nur Izzuddin seterusnya akan bertemu gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse, bagi penentuan ke suku akhir esok.