sukan

“Congratulations B”, Ucapan pendek penuh makna untuk Akhyar

“Congratulations (Tahniah) B, Akhyar Rashid,” tulis Eyka Farhana di media sosialnya.Ucapan cukup pendek, tetapi memberi makna sangat mendalam buat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebelum Akhyar membalas kembali dengan ‘sticker’ sedang mencium pipi.

Mungkin di sebalik kejayaan Akhyar selama ini, Eyka menjadi rahsia terbesar di belakangnya yang terus memberi sokongan penuh agar terus memberi aksi terbaik setiap kali diturunkan.

Akhyar terus membuktikan dia sememangnya harus diberikan perhatian dan berhak berada dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) mahupun skuad kebangsaan.

Meskipun jarang diturunkan apatah lagi memulakan permainan sebagai pemain utama, namun sentuhan ’emas’ yang ada pada dirinya begitu berharga dan berbahaya.

Malah, pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi, Akhyar yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan JDT 2-1 ke atas Ulsan Hyundai pada minit ke-87.

Jaringan itu memastikan juara K-League itu pulang dengan tangisan selepas mengalami kekalahan dua tahun berturut-turut di bumi Stadium Sultan Ibrahim.

Impak diberikan pemain berusia 24 tahun itu setiap kali diturunkan begitu positif, malah menjelmakan kemenangan buat JDT dan pasukan kebangsaan.

“Minit permainan kurang, tapi on form, itu la JDT,” kata Ejal Ali.

“Akhyar ni walaupun jarang diturunkan tapi sekali dapat main memang padu, super sub betul. Kekalkan momentum untuk skuad negara,” Haffandi Khairi.

sumber:- HM

Tidak hairanlah, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon terus meletak kepercayaan dengan memanggil pemain sayap lincah itu ke kem latihan pusat bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 pada 16 November ini menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terbang ke Taiwan untuk perlahan kedua pada 21 November.