sukan

Forestieri jadi sandaran utama JDT

Fernando Forestieri kembali berada dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Forestieri diletakkan di bangku pemain simpanan ketika perlawanan menentang Ulsan di gelanggang lawan hujung bulan lalu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua ketika JDT ketinggalan 0-3.

Kemasukannya jelas mengubah corak pemainan JDT untuk Bergson da Silva kemudian merapatkan jurang pada minit ke-36.
Forestieri akan bergandingan dengan Heberty Fernandes di jentera serangan Harimau Selatan malam ini sambil Bergson diletakkan sedikit ke belakang di sebelah kiri sambil Arif Aiman Hanapi mengisi posisi sayap kanan.

Shio Hong Wan dan Afiq Fazail pula akan bertindak sebagai enjin di bahagian tengah manakala ketua pasukan, Jordi Amat, bersama Shane Lowry, Matthew Davis dan Sergio Arribas membarisi bahagian benteng di depan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.

sumber:- SA

Ikuti siaran secara langsung perlawanan ACL di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go bermula dengan pra-perlawanan pada jam 7:30 malam ini.