Pasukan Kedah perlu menggandakan usaha di suku akhir kedua Piala Emas Raja-Raja 2023 bertemu Melaka selepas terikat tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Jitra, semalam.
Usaha Kedah untuk mencari bekalan gol selesa tidak kesampaian selepas kedua-dua pasukan beraksi dalam suasana hujan lebat dan padang yang becak semasa aksi berlangsung.
Menurut ketua jurulatih Kedah, Mohamad Khairul Ismail, pemainnya sudah mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan bekalan gol bagi memastikan mendapatkan kelebihan pada aksi timbal balik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), 11 November ini.
“Kami memilki 15 peluang ke arah pintu gol Melaka semalam, namun cuma penyudah yang kami cari tidak dapat disempurnakan dengan jaringan gol.
“Saya lihat semua pemain hadir dengan motivasi yang tinggi pada aksi di laman sendiri semalam namun mungkin juga keadaan padang yang becak dengan hujan lebat agak membatasi perancangan kami untuk melancarkan serangan lebih efektif.
“Saya yakin kami masih memilki peluang dalam tempoh 90 minit permainan di Melaka nanti di mana kami akan terus mempertingkatkan semua aspek bagi memastikan impian untuk ke saingan separuh akhir musim ini dapat dicapai,” katanya.
Mohamad Khairul juga pada masa yang sama memuji barisan pertahanannya yang kebal di sepanjang perlawanan semalam dalam menangkis setiap serangan bahaya pihak lawan yang juga cukup mendebarkan.
sumber:- HM
“Kami masih ada 90 minit dan peluang masih terbuka meskipun akan beraksi di tempat lawan yang kami jangkakan akan berlangsung dengan sengit,” katanya.
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More