sukan

Harga Terkini Luqman Hakim kejutkan semua pihak

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin perlu melakukan sesuatu apabila nilai pasarannya ketika ini jatuh merudum berbanding sebelum ini.

Berdasarkan nilai terkini yang dibuat laman antarabangsa, transfermarkt.com pada 20 Oktober lalu, ‘tanda harga’ Luqman kini hanya €50,000 (RM254,000).

Angka itu menyaksikan nilai pemain berusia 21 tahun yang beraksi bersama kelab Iceland, Njardvik FC menyusut separuh berbanding RM507,000 ketika kemaskini pada November tahun lalu.

Penurunan itu dipercayai berlaku kerana faktor prestasi dan kekurangan minit permainan Luqman bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Nilai pasaran tertinggi pernah diletakkan ke atas Luqman adalah pada 2020 dan 2021 yang mana tanda harga pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mencecah RM760,000.

Mengikut rekod, Luqman sebelum ini pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ketika bersama skuad bawah 16 tahun dalam Kejuaraan AFC B-16 2018 dengan dia muncul penjaring terbanyak bagi kejohanan itu.

Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu kemudian menyertai pasukan Selangor sebelum berhijrah ke Eropah bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

sumber:- HM

Bagaimanapun nama Luqman dilihat semakin tenggelam kerana kurang mendapat peluang beraksi sebelum dia seterusnya menyertai Njardvik secara pinjaman