sukan

Leong Jun Hao membara mara ke Final

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao semakin membara dalam misi merangkul gelaran badminton Masters KL selepas berjaya mengesahkan kemaraan ke pentas final, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran pemain Korea Selatan, Choi Ji Hoon 21-17, 21-16 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa.

Menanti Jun Hao di pentas final esok adalah pilihan pertama dari Taiwan, Lee Chia Hao yang mara selepas menundukkan seorang lagi wakil negara Aidil Sholeh Ali Sadikin 21-15, 24-22 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Ada satu lagi perlawanan esok dan saya tidak sabar untuk beraksi di pentas final. Saya harap dapat muncul juara.”Saya perlu yakin (pada aksi final) tetapi saya juga perlu menyusun strategi berkesan bagi menghadapi perlawanan esok. Perjuangan masih belum selesai,” kata Jun Hao.

Jika bergelar juara esok, ia akan menjadi kejuaraan kedua buat Jun Hao dalam saingan bertaraf Super 100 selepas menjuarai Masters Indonesia, tahun lalu yang menjadi gelaran pertamanya dalam saingan Jelajah Dunia BWF.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong turut cemerlang apabila mara ke final selepas mengetepikan cabaran pasangan Korea, Kim Young Hyuk-Wang Chan 21-16, 19-21, 21-15.

sumber:- BH

Pilihan ketiga kejohanan itu dijadual membuat perhitungan dengan Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa pada aksi final, esok.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago